Monday 13 August 2012

Crispy Kangkong


Kangkong yg digoreng rangup, Thai style, selalu ada di kedai makan Thai :)

Resipinya :
1 ikat kangkong
1 telur *dipukul
1 cawan air sejuk
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 1/2 cawan tepung jagung
1 cawan tepung gandum
1 sudu makan cuka
1 sudu makan gula
minyak untuk memasak

Cara caranya sangat mudah :)

1.) Basuh kangkong dengan bersih, ambil bahagian daun sahaja.
2.) Keringkan daun, sambil tu boleh lah buat adunan telur.
3.) Gaul sebati telur, tepung jagung, tepung gandum, garam, dan lada hitam bersama air sejuk. Gaul rata.
4.) Masukkan daun kangkong sampai sebati daunnya dengan adunan.
5.) Panaskan minyak dalam kuali.
6.) Bila dah betul2 panas masukkan daun satu per satu supaya tk melekat. Goreng sehingga garing.
Angkat dan toskan.
7.) Goreng sehingga habis satu adunan.
8.) Kemudian alihkan minyak, dalam kuali yg sama tanpa minyak, goreng cili padi sehingga garing, masukkan daun kangkong yg telah digoreng tadi dan goreng kering bersama cuka dan gula.

Tadaaa, siaap! :D Dah boleh hidang :) boleh dimakan bersama lauk pauk yg lain hehe



Selamat mencuba,
much love,
mylittlekitchen :)

No comments:

Post a Comment