Monday 11 June 2012

Puding Karamel


Bahan bahan : 
400 ml susu segar / susu cair
5 sudu besar gula halus
3 biji telur
2 biji kuning telur
2-3 titik esen vanilla

Karamel :
5 sudu besar gula
2 sudu besar air

Cara cara :
1.) Sediakan karamel. Masak atas kuali, masukkan satu sudu gula, masak sehingga perang, masukkan satu sudu besar air, masak sehingga perang dan masukkan lagi satu sudu besar gula. Masak sehingga perang, tuangkan di atas loyang, dan ratakannya di atas permukaan loyang. 
2.) Masukkan telur dan kuning telur didalam mangkuk besar, kacau perlahan. Masukan gula sedikit demi sedikit. Kacau perlahan sehingga sebati. *jgn sampai berbuih, nanti puding berangin (jadi lubang lubang)
3.) Dalam periuk lain, masukkan susu dan esen vanilla, panaskan tapi jangan sampai mendidih. Lebih kurang 60 degrees
4.) Dengan susu yg masih panas, masukkan sikit demi sedikit ke dalam adunan telur tadi. Masukkan sedikit demi sedikit dan kacau dengan perlahan sampai sebati.
5.) Masukkan ke dalam loyang yang telah dituang karamel tadi.
6.) Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dgn api sederhana dalam masa 30 minit.
7.) Apabila puding sudah masak, keluarkan dari pengukus, biarkan sejuk. Tips* jgn buka foil, tunggu selepas 5 minit. Boleh dimakan terus ataupun disejukkan ke dalam peti sejuk.

Happy trying!
Much love,
mylittlekitchen :)

No comments:

Post a Comment