Saturday 21 January 2012

Puding Buih


Bahan-bahan
  • 1 paket agar agar strip (bertali - lebih kurang 35gm) - rendam dalam 1/2 jam dan toskan
  • 1.8 liter air
  • 9 sudu besar gula
  • 1 helai daun pandan - disimpul
  • 6 biji telur gred A - simpankan 1 kuning telur utk dimasukkan ke dalam kuah
  • 1 tin fruit cocktail - optional
  • pewarna dan paste ikut citarasa - kalau taknak guna paste perasa guna esen vanilla untuk hilangkan rasa hanyir telur
Untuk Kuah
  • 1 tin susu cair
  • 2 tin air (guna tin susu cair)
  • 7 sudu besar gula
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 1 biji kuning telur yg diambil dari 6 biji telur tadi
  • 2 helai daun pandan - disimpulkan
  • 1/2 sudu kecil garam
 Cara-cara
  • Masak agar agar bersama air, gula dan daun pandan hingga mendidih. Bila dah mendidih masukkan pewarna dan paste mengikut citarasa masing masing. Kacau sebati.
  • Bila agar agar dah suam suam panas, pukul telur hingga betul betul kembang dan gebu. ( 6 putih dan 5 kuning sahaja ya). Gunakan mixer. Pukul dulu putih telur hingga menjadi kembang (kalau kita terbalikkan mangkuk tu dia tak tumpah) baru dimasukkan kuning telur satu persatu sambil dipukul lagi hingga betul betul kembang dan gebu.
  • Tuangkan adunan agar agar ke dalam adunan telur dan pukul dgn mixer hingga sebati. Masukkan kedalam acuan. Biarkan sejuk barulah dimasukkan kedalam peti ais.  
          Cara membuah kuah :
  • Masukkan kesemua bahan kedalam periuk dan masaklah hingga mendidih. Kuah ini hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul. Bila dah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk. Bila dah sejuk masukkan dalam peti ais.
  • Bila nak menghidang, letakkan puding ke dalam mangkuk dan curahkan kuah. Sedap dimakan masa sejuk.
Selamat mencuba :)

Much love,
Mylittlekitchen.

No comments:

Post a Comment